Mohon admin Taktikal BOLA Dunia jelaskan corak dan taktikal pasukan Barcelona dan Manchester United
Jawapan :
Manchester United (MU)
... MU dari dulu adalah pasukan yang strateginya adalah traditional english. Bermain secara 4-4-2 dengan 'two bank of four'.
Formasi pertama : 4-4-2
Bermain secara 4-4-2, memerlukan kombinasi 1)striker 2)centre midfielder dan 3)winger.
Striker : Apabila bermain dengan dua striker, selalunya kedua-dua striker itu akan saling melengkapi antara satu sama lain. Pada era 80-an dan 90-an, kombinasi big man - quick man(John Toshack - Kevin Keegan, Mark Hateley - Ally McCoist & Niall Quinn - Kevin Philips) atau creator-goalscorer(Kenny Daglish - Ian Rush, Peter Bearsley - Gary Lineker & Sheringham - Shearer).
Untuk MU, Rooney akan bermain di posisi Second Striker yang bebas menerima bola dan merancang serangan. Rooney akan bermain di belakang Striker Utama yang terdiri daripada tiga jenis, Berbatov(targetman), Hernandez(poacher) dan Wellbeck (advanced forward). Buat masa sekarang, pair Wellbeck - Rooney lebih digemari oleh Ferguson kerana Wellbeck lebih all-round forward berbanding Hernandez dan Berbatov kerana lebih influence gameplay.
Midfield : Bermain dengan hanya dua midfielder memerlukan kombinasi passer - destroyer. Carrick dan Giggs merupakan ball passer iaitu pemain yang tenang merancang game sementara Anderson, Cleverley dan Fletcher adalah pemain2 yang agresif yang bertindak untuk mematahkan serangan lawan. Bermain dengan dua ball-passer adalah OK jika bermain dengan lawan yang defensif.
Winger : Dalam formasi 4-4-2, kedua-dua winger selalunya pair antara crosser dan dribbler. Pair Beckham(crosser)-Giggs(dribbler) adalah contoh yang baik. Kombinasi ini penting untuk membolehkan balance dalam bahagian midfield dengan dribbler cenderung lebih agresif menyerang berbanding crosser.
Nani dan Ashley Young kedua-duanya lebih kepada dribbler yang cenderung untuk masuk ke dalam kotak walaupun kedua-dua mereka mampu membuat crossing, sementara Valencia dan Giggs adalah natural old-school winger yang bermain di sekitar garisan tepi padang.
Full Back : Kedua-dua fullback cenderung menyerang. Typical fullback.
Centre Back : MU kerap menggunakan pair stopper - sweeper(Cover) dengan Vidic(stopper) - Ferdinand(sweeper). Namun akibat kecederaan Vidic menyebabkan pair CB untuk MU sentiasa bertukar antara Smalling, Evans, Jones dan yang lain. CB sebolehnya2 harus dikekalkan berserta GK bagi membolehkan chemistry.
Formasi kedua : 4-5-1 (hanya posisi striker dan midfielder yang akan diolah)
Striker : Berbeza dengan pairing duo striker dalam formasi 4-4-2, sistem solo striker memerlukan striker yang mempunyai high percentage goal/shot ratio. Kebanyakkan striker era moden adalah hybrid player seperti Rooney, Messi dan Ronaldo yang boleh menjadi goalscorer atau goal creator telah melenyapkan pair duo forward.
Selalunya Rooney akan bertindak sebagai Deep-Lying Forward atau False Number 9 dengan kerap drop ke bawah untuk 1)membuat kekeliruan siapa yang perlu man-mark dia, CB atau Defensive Midfielder 2)Rooney bermain dengan baik apabila dia menerima bola dengan menghadap gol dan bukannya membelakangi gol.
Midfielder : Trio midfielder yang menjadi kebiasaan bagi mana-mana team adalah creative, ball passer dan destroyer. Attacking player yang kreatif akan bermain di posisi itu, ball passer akan lebih cenderung untuk menghantar bola ke sayap kiri dan kanan sementara destroyer akan mematahkan serangan lawan. Giggs(creative/passer), Anderson(versatile), Cleverley(passer), Carrick (passer), Fletcher(destroyer), Park(bermain di posisi attacking midfielder kerana kerajinannya)
*taktik barcelona utk season ni sgt2 complex..kdg pkai 3 defender, kdg2 4 defender..kdg2 fabregas main false number 9, kdg2 alexis sanhez lead attacking line..
-diCanio-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan