Khamis, 22 Mac 2012
Review : Manchester City 2-1 Chelsea
Chelsea yang bertandang ke Etihad Stadium, dengan rekod Manchester City(MC) di sini sangat-sangat baik, merekodkan 20 kemenangan berturut-turut bermula dari Mac 2011.
Mancini perlu menang dalam game ini untuk merapatkan jurang mata dengan MU. Mancini mempertaruhkan 4-3-3(yang kadang2 menjadi 4-2-2-2 bergantung kepada posisi David Silva dan Nasri, dua attacking midfielder MC)
(4-3-3)
Hart
Zabaleta - Richards - Kolo Toure - Clichy
Yaya Toure - De Jong - Nasri
Aguero - Balotelli - David Silva
Roberto di Matteo(RDM) pula menentang formasi MC dengan mempertaruhkan 4-5-1
(4-5-1)
Cech
Ivanovic (Bosingwa) - Cahill - Luiz - A.Cole
Ramires - Meireles - Mikel - Lampard - Mata
Torres
dengan Ramires lebih bertindak untuk merantai pergerakan Clichy berbanding Juan Mata yang lebih bebas menyerang.
Manchester City cuba bermain dengan lebih attacking kerana 1. bermain di home ground dan 2. untuk mengejar MU sementara Chelsea bermain sebagai 'reaction' kepada taktikal MC dengan meletakkan Ramires di sayap kanan dan bukannya Sturridge di posisi itu.
RDM cuba bermain untuk 1. tidak bolos gol(terutamanya gol di awal game) dan 2. secara counter attack apabila berjaya merampas bola daripada MC yang cenderung untuk bermain possession football. Sepanjang perlawanan, MC mengawal bola sebanyak 61% berbanding 39% oleh Chelsea.
Richards, yang kebiasaanya bermain sebagai right back telah di-pairkan di centre back bersama-sama Kolo Toure akibat kecederaan Lescott dan Kompany.
Selepas rehat separuh masa, Mancini mengeluarkan Balotelli dan memasukkan Gareth Barry, seorang passer di kawasan midfield kerana kesukaran untuk menembusi defensive third Chelsea selain untuk meningkatkan lagi ball possession dengan pass di sekitar kawasan tengah. Pass-pass-pass sebelum membuat killer pass ke dalam penalty box. Kini, City masih mengekalkan 4-3-3 dengan Nasri sekarang bermain di sayap dan Aguero bermain sebagai striker utama.
Setelah Chelsea mendapat gol pertama meskipun kurang menyerang, taktikal game telah berubah apabila Chelsea mengeluarkan Torres dan memasukkan Drogba dan mengeluarkan Meireles(2minit sebelum gol Chelsea) dan memasukkan Essien.
Torres keluar & Drogba masuk = pertukaran seorang striker yang lincah, yang boleh pressure CB City kepada seorang targetman(sesuai untuk bermain secara long direct pass kepada Drogba), di samping Drogba lebih baik untuk bertahan daripada set-piece MC.
Meireles keluar & Essien masuk = mengeluarkan Meireles yang kerap push ke hadapan untuk support Torres dan memasukkan Essien yang lebih kuat fizikalnya untuk bertahan daripada serangan2 MC. Lampard menggantikan peranan Meireles. 2 defensive midfielder, Mikel dan Essien pair di kawasan midfield.
Kedua-dua pertukaran yang bertujuan untuk mengukuhkan bahagian pertahanan dan bermain secara long pass.
MC pula mengeluarkan De Jong dan David Silva lalu memasukkan Edin Dzeko dan Carlos Tevez(yang sentiasa bermain dengan tip-top setiap kali bertemu Chelsea). Mengeluarkan seorang anchorman dan salah satu daripada creative player(Nasri seorang lagi) dan memasukkan 2 striker, yang mana Dzeko bermain secara central untuk bermain fizikal dengan Luiz atau Cahill (kerana Aguero gagal untuk bermain dengan baik ketika face-to-face dengan Luiz) dan Tevez bermain secara inside forward apabila banyak berlegar di kawasan kiri.
Formasi City bertukar menjadi 4-2-1-3 dengan
Yaya Toure - Barry
Nasri
Aguero - Dzeko - Tevez
Clichy dan Zabaleta semakin kerap melakukan overlapping di tepi padang dan hasilnya, satu penalty (hand-ball) dan satu one-two daripada Nasri dan Tevez telah berjaya menterbalikkan scoreline untuk berpihak kepada MC.
Secara kasarnya, MC bermain lebih baik, lebih positive dan lebih menyerang sementara Chelsea bermain secara counter-attack. Dan pertukaran taktikal Mancini untuk terus menekan Chelsea dari kawasan sayap dan tengah selain memasukkan lebih striker membuatkan serangan MC menjadi direct dan sentiasa mengasak penalty box Chelsea. Ini adalah disebabkan squad depth yang dipunyai oleh MC yang mempunyai ramai pemain berkualiti di bench membolehkan pelbagai variasi permainan boleh dilaksanakan. (Kolarov, Milner, Barry, Dzeko dan Tevez)
Statistik
Shots
MC 20-4 Chelsea
Shots on target
MC 10-3 Chelsea
Corners
MC 11-4 Chelsea
Possession
MC 61%-39% Chelsea
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan