Sabtu, 31 Mac 2012

TACTIC & STRATEGY

1. full back how to attack


-bolasepak moden sekarang mempunyai banyak variasi kepantasan,kelincahan,taktik yang pintar dan support dari fullback adalah juga penting

-full back skrg bkn berdasarkan untuk mark winger opponent shj...mereka juga b...

tidak menguasai bola dalam permainan(off the ball).

false forward=striker yg drop ke midfielder



4-5-1 dan 4-3-3 sama aje..yang membezakan posisi2 winger..samada lebih dkt ngan midfielder atau striker..



selalunya 4-5-1 digambarkan sebagai lebih defensive sbb meletakkan 5 midfielder sementara 4-3-3 adalah lebih offesive sbb meletakkan 3 forward



Inverted winger (pemain cenderung drift kedlm)



Midfielder:defensive /ball passer/destroyer/hardworking/creative/runner

Box to box midfielder-midfield rajin berlari

centre back-stopper

high defensive line-offside trap

Pass and move













Khamis, 22 Mac 2012

HOW TO COUNTER ATTACK

semua team boleh melakukanya -craig brown former boss aberdeen dan bekas manager scotland


-banyak team yg berjaya menggunakan counter attacks tehadap pasukan yg lemah dgn dua atau tiga langkah peluang untuk menjaringk...an gol terbuka luas

-dari permainan terbuka peluang lebih besar team yg bagus membenarkan opponent menyerang ke kawasan sendiri,mereka akan menunggu waktu yg sesuai untuk merampas bola kembali dan winger atau forward yg mempunyai larian yg laju akan menyerang dan meghukum team lawan

FULL BACK ATTACKING

-bolasepak moden sekarang mempunyai banyak variasi kepantasan,kelincahan,taktik yang pintar dan support dari fullback adalah juga penting


-full back skrg bkn berdasarkan untuk mark winger opponent shj...mereka juga boleh dijadikan senjata rahsia sesebuah pasukan untuk menyerang jika kawasan tengah padang terlalu kompak dan sukar untuk mencari peluang

-contoh fullback yg cemerlang dalam keberkesanan dlm permainan adalah maicon dan daniel alves(ia boleh dijadikan contoh bagaimana mereka naik ke atas dan menghasilkan gerakan gol atau assist

TAKTIKAL BARCA & MU

Mohon admin Taktikal BOLA Dunia jelaskan corak dan taktikal pasukan Barcelona dan Manchester United




Jawapan :



Manchester United (MU)

... MU dari dulu adalah pasukan yang strateginya adalah traditional english. Bermain secara 4-4-2 dengan 'two bank of four'.



Formasi pertama : 4-4-2



Bermain secara 4-4-2, memerlukan kombinasi 1)striker 2)centre midfielder dan 3)winger.





Striker : Apabila bermain dengan dua striker, selalunya kedua-dua striker itu akan saling melengkapi antara satu sama lain. Pada era 80-an dan 90-an, kombinasi big man - quick man(John Toshack - Kevin Keegan, Mark Hateley - Ally McCoist & Niall Quinn - Kevin Philips) atau creator-goalscorer(Kenny Daglish - Ian Rush, Peter Bearsley - Gary Lineker & Sheringham - Shearer).



Untuk MU, Rooney akan bermain di posisi Second Striker yang bebas menerima bola dan merancang serangan. Rooney akan bermain di belakang Striker Utama yang terdiri daripada tiga jenis, Berbatov(targetman), Hernandez(poacher) dan Wellbeck (advanced forward). Buat masa sekarang, pair Wellbeck - Rooney lebih digemari oleh Ferguson kerana Wellbeck lebih all-round forward berbanding Hernandez dan Berbatov kerana lebih influence gameplay.





Midfield : Bermain dengan hanya dua midfielder memerlukan kombinasi passer - destroyer. Carrick dan Giggs merupakan ball passer iaitu pemain yang tenang merancang game sementara Anderson, Cleverley dan Fletcher adalah pemain2 yang agresif yang bertindak untuk mematahkan serangan lawan. Bermain dengan dua ball-passer adalah OK jika bermain dengan lawan yang defensif.





Winger : Dalam formasi 4-4-2, kedua-dua winger selalunya pair antara crosser dan dribbler. Pair Beckham(crosser)-Giggs(dribbler) adalah contoh yang baik. Kombinasi ini penting untuk membolehkan balance dalam bahagian midfield dengan dribbler cenderung lebih agresif menyerang berbanding crosser.



Nani dan Ashley Young kedua-duanya lebih kepada dribbler yang cenderung untuk masuk ke dalam kotak walaupun kedua-dua mereka mampu membuat crossing, sementara Valencia dan Giggs adalah natural old-school winger yang bermain di sekitar garisan tepi padang.





Full Back : Kedua-dua fullback cenderung menyerang. Typical fullback.





Centre Back : MU kerap menggunakan pair stopper - sweeper(Cover) dengan Vidic(stopper) - Ferdinand(sweeper). Namun akibat kecederaan Vidic menyebabkan pair CB untuk MU sentiasa bertukar antara Smalling, Evans, Jones dan yang lain. CB sebolehnya2 harus dikekalkan berserta GK bagi membolehkan chemistry.







Formasi kedua : 4-5-1 (hanya posisi striker dan midfielder yang akan diolah)





Striker : Berbeza dengan pairing duo striker dalam formasi 4-4-2, sistem solo striker memerlukan striker yang mempunyai high percentage goal/shot ratio. Kebanyakkan striker era moden adalah hybrid player seperti Rooney, Messi dan Ronaldo yang boleh menjadi goalscorer atau goal creator telah melenyapkan pair duo forward.



Selalunya Rooney akan bertindak sebagai Deep-Lying Forward atau False Number 9 dengan kerap drop ke bawah untuk 1)membuat kekeliruan siapa yang perlu man-mark dia, CB atau Defensive Midfielder 2)Rooney bermain dengan baik apabila dia menerima bola dengan menghadap gol dan bukannya membelakangi gol.





Midfielder : Trio midfielder yang menjadi kebiasaan bagi mana-mana team adalah creative, ball passer dan destroyer. Attacking player yang kreatif akan bermain di posisi itu, ball passer akan lebih cenderung untuk menghantar bola ke sayap kiri dan kanan sementara destroyer akan mematahkan serangan lawan. Giggs(creative/passer), Anderson(versatile), Cleverley(passer), Carrick (passer), Fletcher(destroyer), Park(bermain di posisi attacking midfielder kerana kerajinannya)



*taktik barcelona utk season ni sgt2 complex..kdg pkai 3 defender, kdg2 4 defender..kdg2 fabregas main false number 9, kdg2 alexis sanhez lead attacking line..



-diCanio-

BARCA GAME

Q : salam Admin, boleh bagi pencerahan dn pendapat bagaimana Barcelona pressing in defence? Bermain taktikal bertahan, taktik defence mereka, rasenye stakat taktik Menyerang barca, Messi and co.. semua tahu.. tak gitu? :) (dari Alai Peace)


...

A : salam alai..



barcelona sebenarnya tak begitu solid dalam bertahan..mengenai pressing, mereka mengamalkan high pressing atau early pressing..pressing sebaik sahaja pemain Barca kehilangan bola..pep pernah berkata "When you win back the ball, there are 30 metres to goal rather than 80"..



dan possession football..apabila Barca mengawal bola, adalah sukar untuk lawan merampas bola..dan sebaik shaja lawan berjaya merampas, pemain Barca akan cepat2 pressing..



seperti contoh gambar di atas, bola mula dirampas pada 1:07 oleh "pemain 1".."pemain 1" menghantar bola kepada "pemain 2" pada 1:09 sebelum "pemain 2" quick pass kepada "pemain 3"(tanpa sampai 1 saat).. dapat dilihat LIMA pemain Barca sedang pressing di situ.



Review : Manchester City 2-1 Chelsea





Chelsea yang bertandang ke Etihad Stadium, dengan rekod Manchester City(MC) di sini sangat-sangat baik, merekodkan 20 kemenangan berturut-turut bermula dari Mac 2011.



Mancini perlu menang dalam game ini untuk merapatkan jurang mata dengan MU. Mancini mempertaruhkan 4-3-3(yang kadang2 menjadi 4-2-2-2 bergantung kepada posisi David Silva dan Nasri, dua attacking midfielder MC)



(4-3-3)

Hart

Zabaleta - Richards - Kolo Toure - Clichy

Yaya Toure - De Jong - Nasri

Aguero - Balotelli - David Silva



Roberto di Matteo(RDM) pula menentang formasi MC dengan mempertaruhkan 4-5-1



(4-5-1)

Cech

Ivanovic (Bosingwa) - Cahill - Luiz - A.Cole

Ramires - Meireles - Mikel - Lampard - Mata

Torres



dengan Ramires lebih bertindak untuk merantai pergerakan Clichy berbanding Juan Mata yang lebih bebas menyerang.



Manchester City cuba bermain dengan lebih attacking kerana 1. bermain di home ground dan 2. untuk mengejar MU sementara Chelsea bermain sebagai 'reaction' kepada taktikal MC dengan meletakkan Ramires di sayap kanan dan bukannya Sturridge di posisi itu.



RDM cuba bermain untuk 1. tidak bolos gol(terutamanya gol di awal game) dan 2. secara counter attack apabila berjaya merampas bola daripada MC yang cenderung untuk bermain possession football. Sepanjang perlawanan, MC mengawal bola sebanyak 61% berbanding 39% oleh Chelsea.



Richards, yang kebiasaanya bermain sebagai right back telah di-pairkan di centre back bersama-sama Kolo Toure akibat kecederaan Lescott dan Kompany.



Selepas rehat separuh masa, Mancini mengeluarkan Balotelli dan memasukkan Gareth Barry, seorang passer di kawasan midfield kerana kesukaran untuk menembusi defensive third Chelsea selain untuk meningkatkan lagi ball possession dengan pass di sekitar kawasan tengah. Pass-pass-pass sebelum membuat killer pass ke dalam penalty box. Kini, City masih mengekalkan 4-3-3 dengan Nasri sekarang bermain di sayap dan Aguero bermain sebagai striker utama.



Setelah Chelsea mendapat gol pertama meskipun kurang menyerang, taktikal game telah berubah apabila Chelsea mengeluarkan Torres dan memasukkan Drogba dan mengeluarkan Meireles(2minit sebelum gol Chelsea) dan memasukkan Essien.



Torres keluar & Drogba masuk = pertukaran seorang striker yang lincah, yang boleh pressure CB City kepada seorang targetman(sesuai untuk bermain secara long direct pass kepada Drogba), di samping Drogba lebih baik untuk bertahan daripada set-piece MC.



Meireles keluar & Essien masuk = mengeluarkan Meireles yang kerap push ke hadapan untuk support Torres dan memasukkan Essien yang lebih kuat fizikalnya untuk bertahan daripada serangan2 MC. Lampard menggantikan peranan Meireles. 2 defensive midfielder, Mikel dan Essien pair di kawasan midfield.



Kedua-dua pertukaran yang bertujuan untuk mengukuhkan bahagian pertahanan dan bermain secara long pass.



MC pula mengeluarkan De Jong dan David Silva lalu memasukkan Edin Dzeko dan Carlos Tevez(yang sentiasa bermain dengan tip-top setiap kali bertemu Chelsea). Mengeluarkan seorang anchorman dan salah satu daripada creative player(Nasri seorang lagi) dan memasukkan 2 striker, yang mana Dzeko bermain secara central untuk bermain fizikal dengan Luiz atau Cahill (kerana Aguero gagal untuk bermain dengan baik ketika face-to-face dengan Luiz) dan Tevez bermain secara inside forward apabila banyak berlegar di kawasan kiri.



Formasi City bertukar menjadi 4-2-1-3 dengan

Yaya Toure - Barry

Nasri

Aguero - Dzeko - Tevez



Clichy dan Zabaleta semakin kerap melakukan overlapping di tepi padang dan hasilnya, satu penalty (hand-ball) dan satu one-two daripada Nasri dan Tevez telah berjaya menterbalikkan scoreline untuk berpihak kepada MC.



Secara kasarnya, MC bermain lebih baik, lebih positive dan lebih menyerang sementara Chelsea bermain secara counter-attack. Dan pertukaran taktikal Mancini untuk terus menekan Chelsea dari kawasan sayap dan tengah selain memasukkan lebih striker membuatkan serangan MC menjadi direct dan sentiasa mengasak penalty box Chelsea. Ini adalah disebabkan squad depth yang dipunyai oleh MC yang mempunyai ramai pemain berkualiti di bench membolehkan pelbagai variasi permainan boleh dilaksanakan. (Kolarov, Milner, Barry, Dzeko dan Tevez)





Statistik



Shots

MC 20-4 Chelsea



Shots on target

MC 10-3 Chelsea



Corners

MC 11-4 Chelsea



Possession

MC 61%-39% Chelsea