Dari segi offensive play pula, Pep mempunyai lambakan midfielder yg mempunyai style permainan masing2..Pep meletakkan cut-inside winger di kedua2 belah flank iaitu Robben dan Ribery supaya dapat melakukan jaringan ataupun umpanan menggunakan kekuatan mereka iaitu skil gelecekan yg tinggi..Robben dan Ribery banyak melakukan dribbling dari tepi padang ke arah pintu gol lawan..mereka mempunyai option utk melakukan umpanan atau pun jaringan yg kebanyakkannya adalah gol2 yg cantik.. gaya permainan mereka ini membenarkan kedua2 belah wing back utk overlapping dan melakukan crossing ke arah pintu gol lawan..
Schweinsteiger selaku CMF akan berlegar di tengah padang utk deploy through ball/long ball mencari striker, winger ataupun attacking midfielder..Ketika rakan sepasukan membawa bola mendekati pintu gol pihak lawan, Schweinsteiger sebaliknya akn menunggu di luar kawasan kotak penalti utk melakukan tindakan susulan jika bola berjaya dikeluarkan oleh pihak lawan..Beliau mempunyai rembatan yg deras apabila mendapat peluang di luar kotak penalti..
Muller akan bersaing bersama2 Mario Gotze dan juga Tony Kroos utk merebut tempat sebagai AMF di dalam skuad utama Bayern..seperti posting yg lepas, Muller yg juga ‘space interpreter’ bertanggungjawab untuk membaca pergerakan rakan sepasukan ketika menyerang..Beliau akan cuba melakukan larian ke arah kawasan yg kosong atau dengan kata lain Muller amat tangkas utk membuatkan lawan loose marking ke atas beliau..
Option lain utk Pep adalah Kroos dan Gotze di mana kedua2 pemain ini amat kreatif dalam melakukan serangan cuma sedikit kelemahan mereka adalah kekuatan fizikal jika dibandingkan dengan Muller..
Pep meletakkan seorang striker yg mempunyai role sbg seorang poacher..Mandzukic adalah pilihan yg bijak kerana seseorang poacher amat memerlukan sentuhan penyudah yg tajam, kekuatan fizikal yg tinggi seperti perebutan bola udara dan kepekaan yg tinggi utk berada di tempat yg tepat pada masa tepat utk melukakan jaringan(killer instinct)..goal poacher selalunya tidak akan anticipate dalam game play ketika menyerang sebaliknya hanya menunggu masa yg sesuai utk melakukan larian ataupun tindakan penyudah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan