Jumaat, 6 Disember 2013

FORMASI 442 (MODEN)



Di dalam formasi ini terdapat beberapa adjustment (perubahan) kepada beberapa posisi. Fungsi formasi ini adalah bagi melancarkan serangan balas (counter attack) dengan lebih berkesan.

Di dalam permain bola sepak moden, pemain pertahanan kanan/kiri bertindak sebagai pertahanan sayap (wing back).  Posisi pertahanan sayap ini memainkan peranan menjaga pertahanan dan juga di dalam masa yang sama sebagai posisi yang menyokong serangan melalui posisi sayap. Pemain yang bermain di posisi ini memerlukan stamina yang cukup tinggi bagi mengekalkan tempo permainan yang tinggi/laju (high pace tempo) seperti yang diamalkan kebanyakkan kelab-kelab di Eropah khususnya di liga perdana inggeris (EPL).

Kedudukan dibahagian kedua-dua posisi center midfielder juga agak berlainan di mana mereka akan membahagikan kepada 2 peranan iaitu seorang akan bertindak sebagai pemain yang menyokong serangan dan seorang lagi sebagai pemain yang menyokong pertahanan.

Fungsi pemain tengah kiri/kanan (RM/LM) sama seperti formasi 4-4-2 tradisi dimana mereka akan menjadi pemain yang menyokong penyerang melalui hantaran-hantaran lintang melalui posisi sayap. Di bahagian serangan pula berlaku sedikit perubahan di mana, terdapat satu posisi baru diwujudkan iaitu posisi center forward (CF). Posisi CF ini bertindak sebagai penyerang sokongan kepada penyerang utama. Penyerang sokongan ini bertindak sebagai pemain yang akan cuba menghuru-harakan pemain pertahanan lawan bagi memberi laluan kepada penyerang utama untuk menjaringkan gol.
 
  
 
 
Jika kita lihat, posisi bertahan formasi ini tidak jauh bezanya dengan formasi 4-4-2 tradisi tadi, apa yang membezakannya adalah posisi CF diletakkan sedikit bawah untuk melancarkan serangan balas (counter attack) jika berpeluang. Terdapat banyak jaringan dihasilkan mengikut sistem ini.
 
 
 
 
Wing Back (RWB/LWB) bertindak sebagai pemain sayap ketika melancarkan serangan. Ini memberi ruang kepada pemain tengah kiri/kanan (LM/RM) membantu penyerang ketika melancarkan serangan. Apa yang jelas disini RCM bertindak sebagai defensive midfielder bersedia jika pasukannya menghadapi serangan balas pasukan lawan.
 
 

FORMASI 442 ( TRADISIONAL)

 


Formasi ini terdiri daripada 4 pemain pertahanan, 4 pemain tengah dan 2 pemain penyerang.formasi ini lazim digunakan bagi membentuk asas kesefahaman di dalam pasukan. Corak hantaran bola yang selalu digunakan adalah 'long ball' (hantaran jauh).

 
Pemain-pemain midfield (tengah) bertindak sebagai cover (pelindung) kepada pemain-pemain pertahanan. 


Pemain-pemain midfield memainkan peranan membantu jentera serangan. Manakala pemain-pemain pertahanan kiri dan kanan hanya sekali-sekala membuat ovelapping melepasi pemain tengah kiri atau kanan bagi membantu membuat crossing (hantaran lintang) kepada pemain penyerang di kawasan kotak penalti lawan.
 
 

Selasa, 3 Disember 2013

FAKE STRIKER IN THE HOLE

FAKE STRIKER IN THE HOLE

Admin nak berkongsi sedikit salah satu taktik yg admin perhatikan beberapa game baru2 ni..taktik ni boleh di kategorikan sbg "modern tactic" kerana ia masih baru dan jarang di adaptasikan oleh sesetengah jurulatih..

Apa yg di maksudkan "FAKE STRIKER" dan "IN THE HOLE" ??...

FAKE STRIKER bukanlah spt shadow striker yg menjadi 2nd forward yg bergerak di sebelah striker tetapi ia lebih kpd peranan striker atau midfielder yg bermain di belakang striker..bergerak mencari ruang yg kosong di mana tidak berlakunya movement ball di situ..Ini selalu di gunakan apabila terjadinya quick counter yg berperanan sbg link-up antara Midfield & Striker.

IN THE HOLE bermaksud ruang yg kosong di antara defensive line dan Midfield line opponent

Peranan ini digalas Negredo ketika City mengalahkan Spurs dan daripada kekalahan itu AVB belajar utk meletakan Paulinho (seorang defensive midfielder) bermain sbg FAKE STRIKER menentang Man Utd.

Bagaimana bermain menggunakan taktik ini ??

Attacking move ni paling ideal jika lawan bermain rigid back four atau high defensive sistem. Untuk pecahkan pertahanan lawan yg cukup ampuh, seorang pemain yg kreatif di perlukan. maksud kreatif adalah spt seorang yg bersifat pantas, mobile dan pandai mencari ruang yg kosong utk mengelirukan pihak lawan.

Cara bekerja pula , pemain ini harus pandai utk drag ke bhg centerback lawan samada Anda menjadi perhatian atau striker utama yg di pilih lawan. Jika anda yg di marking..pilihan lain adalah memberi ruang kpd Striker utama..tetapi ini jrg berlaku kerana posisi natural anda di letakan memberikan peranan yg berbeza bg pandangan defender lawan. Walhal anda adalah key point yg "FAKE" di mata mereka.

Begitu juga bg midfielder lawan , sekalipun anda drop ke middle area, Zone anda bekerja kurang di berikan perhatian.. ini membolehkan pemain yg mengalas tugas ni amat2 "freedom" samada menjadi pembekal bola atau penjaring.