Selasa, 29 Jun 2010

SEBAB ENGLAND KALAH PIALA DUNIA

Dalil Kekalahan Skuad England:
1. Fabio Capello
-Capello melakukan kesilapan besar apabila masih menyenaraikan Mathew Upson ( centre back) .Sedangkan dalam perlawanan sebelumnya menentang Slovenia , M.Upson melakukan 4 kali kesilapan iaitu “clear ball” yang tidak kemas. Sepatutnya tempatnya boleh digantikan oleh Ledley King (yang baru pulih dari kecederaan) dan Jamie Carrigher ( yang bebas dari kecederaan)
-Dalam perlawanan peringkat kumpulan, Capello telah melakukan 3 kali pertukaran central defender iaitu, Jamie Carrigher,Ledley king dan Mathew Upson. Bagaimana anda dapat mencipta persefahaman pasukan jika berlakunya 3 kali pertukaran posisi yang sama dalam masa yang terdekat ? Tidak hairanlah gol pertama England dapat dijaringkan dengan mudah, apabila Klose dengan mudah memerangkap kealpaan Terry dan Upson. Begitu juga dengan gol kedua, ketiga dan keempat, Jerman seolah-olah bermain Play station , kerana begitu mudah memecah pertahanan dan masuk dalam kawasan penalty England. Jadi, adakah jentera serangan Jerman sememangnya hebat ataupun “Jabatan Pertahanan England” yang terlalu lemah?




2. EPL , EPL dan EPL
-semua orang bertanyakan “ mengapa Lampard, Gerrard, Terry, Ashley Cole tidak bermain seperti game EPL?”. Piala Dunia pentingkan Fair Play dan skil; EPL physical strength. Satu perbezaan umpama langit dan bumi. Anda boleh hitung berapa kali referi meniup wisel ketika England bertarung di padang berbanding pasukan lain di Piala Dunia ini.Jadi bagaimana England nak mengatur serangan dengan lancar berkesan jika hal ini berlaku?
Berbalik kepada teori kehebatan Lampard, Gerrard, Terry, Ashley Cole; sebabnya dalam EPL mereka nampak hebat kerana pemain lain yang hebat.Dalam EPL, Terry hebat kerana sokongan barisan pertahanan Chelsea yang hebat seperti Carlvalho, Alex, Petr Cech.Mereka yang disebut ini bukannya orang England tetapi Croatia, Portugal dan Brazil ? Jadi, siapa sebenarnya yang hebat? Begitulah angkuhnya peranan media di England yang mencanangkan” kehebatan” pemain mereka ke seluruh dunia.

-Tahap intensity permainan dan physical strength EPL jugalah menyebabkan pemain yang berskil tinggi selalu cedera oleh bentesan keras (hal ini pernah disuarakan oleh Christiano Ronaldo-semasa bersama MU,Arjen Robben-semasa bersama Chelsea) . Malah Messi telah pun menegaskan bahawa beliau tidak akan sama sekali bermain dalam EPL kerana faktor tersebut. Jika iutlah hakikatnya , bagaimana bola sepak England mampu melahirkan pemain yang berskill tinggi?

- Tidak hairanlah ramai rakyat Malaysia membantah apabila kelab Everton dipilih oleh Kementerian Belia dan Sukan sebagai penanda aras pembangunan bola sepak di Negara kita.Setelah diperhati, ternyata kelab-kelab di England lebih pentingkan latihan kekuatan fizikal berbanding skil. Nasib baiklah kita mengambil langkah bijak apabila memilih Slovakia sebagai tempat bertapa pasukan harimau muda. Lihatlah sejauhmana pasukan “under dog” Slovenia dan Slovakia melangkah dalam piala dunia kali ini.

- EPL juga menyebabkan skuad England tidak menonjol dalam Piala Dunia. Pertamanya, pengadil EPL “menghalalkan” corak permainan agresif seperti bentesan keras, menyiku diudara, menekan,menolak badan lawan dengan ketika merebut bola diudara .Dalam EPL pemain tersebut paling tidak pun diberi teguran lisan. Namun perlakuan tersebut “diharamkan” dalam pengadilan antarabangsa, dengan mudahnya seseorang pemain dilayangkan kad kuning. (w/p pasukan negara lain juga melakukan permainan agresif, tetapi skuad Three Lions paling ketara, paling banyak mendapat amaran referi ). Maka, sebenarnya, pemain England (khususnya pemain pertahanan) tidak dapat bermain dalam prestasi sebenar kerana bermain diluar kebiasaan mereka dalam EPL iaitu; agresif.
Ironinya, tiada seorangpun pemain Three Lions yang bermain dengan kelab luar selain EPL.


3. Skill
-England tidak akan menang Piala Dunia kerana teknikal skil masih lemah. Sedangkan di Jerman, Spain, Brazil, Portugal, Argentina dan negara Utara Eropah seperti Croatia skil paling diutamakan. Manakala dalam latihan negara England latihan lebih berbentuk kekuatan fizikal .
Dalam Piala Dunia, kekuatan fizikal tidak akan kemana-mana berbanding teknikal skil.Piala Dunia adalah permainan bersih, tiada “body contact” yang keras seperti dalam EPL.Tak hairanlah, pemain England seperti hilang punca, tiada “pace” atau pergerakan yang menarik ketika menyerang,tiada “quick passes”. Ia juga menyebabkan plan taktikal England mudah dibaca, seterusnya serangan mudah dipatahkan oleh pihak lawan.Tidak keterlaluan jika dibandingkan ,pergerakan pasukan negara Asia Korea Selatan ,lebih pantas, menarik dan mengelirukan.


4. Kurang hormat pasukan lawan
-Al kisah, ketika sidang media , betapa angkuhnya Waine Rooney mendakwa bahawa dia akan menjaringkan seberapa banyak gol ketika menetang Slovenia. Walhasil,satu gol pun tak dapat dihasilkannya. Adakah pemain England lupa atau sengaja buat-buat lupa kemenangan termasyhur Slovenia menyingkirkan Rusia ,dan mengalahkan Itali dalam kempen kelayakan Piala Dunia ? .Pemain England sibuk bercakap tentang penentuan sepakan penalty tanpa menyedari gawang mereka begitu mudah dibolosi.Pertahanan mereka tidak menyedari betapa bahayanya pemain Jerman yang tidak ternama seperti Thomas Muller, Manuel Neuer, Jerome Boateng, Sami Khedira dan Mesut Ozil .Kelima-lima pemain ini diserap ke dalam skuad senior ,merupakan bekas skuad European Under-21 Championships (2009) . Mereka ialah orang yang sama mengalahkan skuad junior England .

5. Mentaliti 5 bintang
-Majoriti skuad England mempunyai nama dan kehebatan yang selalu dicanangkan didalam media massa (tidak menghairankan kerana reputasi media sukan global dipegang oleh ESPN , Star Sport yang ditakluk oleh British) Apa lagi yang perlu mereka buktikan; kehebatan yang telahpun terbukti dalam kelab masing-masing? Melainkan pemain yang bermain dengan kelab yang kurang ternama, nampak sekali bermain dengan bersungguh-sungguh demi memperagakan diri untuk dipikat oleh kelab-kelab besar. Melainkan Diego Forlan, Lionel Messi, Sebastian Schweneiger ; bakat semulajadi yang sentiasa menyinar dan bermain dalam standard sebenar dalam apa jua situasi.

6. Referi
-Pastinya penjaga garisan Uruguay akan menjadi kecaman rakyat dan peminat England .Kita amat bersimpati apabila jaringan Lampard yang ternyata melepasi garisan gol, dinafikan oleh Referi.Jika gol tersebut diambilkira, kedudukan semasa terikat 2-2, maka perlawanan menjadi lebih seimbang, keputusan perlawanan juga pasti berbeza.Ketinggalan 2-1 menyebabkan England tertekan untuk mencari gol penyamaan. Ia jugalah yang menyebabkan desakan ,keghairahan majoriti pemain England membantu serangan hinggalah, Jerman menghukumnya dengan “counter –attack”.
-nampaknya FIFA masih bertegas tidak mahu menggunakan rakaman video bagi menentukan keputusan yang terlalu subjektif seumpamanya.Belajarlah dari American Football,yang menggunakan rakaman video jika berlakunya sebarang bantahan jaringan. Keputusan tepat dan adil dapat dilakukan hanya dalam masa 10 saat...semudah itu.

(Sekianlah sahaja, sekadar pandangan peribadi daripada saya yang tidak pandai bermain bola sepak)
Sekadar menulis mengisi masa terluang.