Jumaat, 6 Disember 2013

FORMASI 442 (MODEN)



Di dalam formasi ini terdapat beberapa adjustment (perubahan) kepada beberapa posisi. Fungsi formasi ini adalah bagi melancarkan serangan balas (counter attack) dengan lebih berkesan.

Di dalam permain bola sepak moden, pemain pertahanan kanan/kiri bertindak sebagai pertahanan sayap (wing back).  Posisi pertahanan sayap ini memainkan peranan menjaga pertahanan dan juga di dalam masa yang sama sebagai posisi yang menyokong serangan melalui posisi sayap. Pemain yang bermain di posisi ini memerlukan stamina yang cukup tinggi bagi mengekalkan tempo permainan yang tinggi/laju (high pace tempo) seperti yang diamalkan kebanyakkan kelab-kelab di Eropah khususnya di liga perdana inggeris (EPL).

Kedudukan dibahagian kedua-dua posisi center midfielder juga agak berlainan di mana mereka akan membahagikan kepada 2 peranan iaitu seorang akan bertindak sebagai pemain yang menyokong serangan dan seorang lagi sebagai pemain yang menyokong pertahanan.

Fungsi pemain tengah kiri/kanan (RM/LM) sama seperti formasi 4-4-2 tradisi dimana mereka akan menjadi pemain yang menyokong penyerang melalui hantaran-hantaran lintang melalui posisi sayap. Di bahagian serangan pula berlaku sedikit perubahan di mana, terdapat satu posisi baru diwujudkan iaitu posisi center forward (CF). Posisi CF ini bertindak sebagai penyerang sokongan kepada penyerang utama. Penyerang sokongan ini bertindak sebagai pemain yang akan cuba menghuru-harakan pemain pertahanan lawan bagi memberi laluan kepada penyerang utama untuk menjaringkan gol.
 
  
 
 
Jika kita lihat, posisi bertahan formasi ini tidak jauh bezanya dengan formasi 4-4-2 tradisi tadi, apa yang membezakannya adalah posisi CF diletakkan sedikit bawah untuk melancarkan serangan balas (counter attack) jika berpeluang. Terdapat banyak jaringan dihasilkan mengikut sistem ini.
 
 
 
 
Wing Back (RWB/LWB) bertindak sebagai pemain sayap ketika melancarkan serangan. Ini memberi ruang kepada pemain tengah kiri/kanan (LM/RM) membantu penyerang ketika melancarkan serangan. Apa yang jelas disini RCM bertindak sebagai defensive midfielder bersedia jika pasukannya menghadapi serangan balas pasukan lawan.
 
 

FORMASI 442 ( TRADISIONAL)

 


Formasi ini terdiri daripada 4 pemain pertahanan, 4 pemain tengah dan 2 pemain penyerang.formasi ini lazim digunakan bagi membentuk asas kesefahaman di dalam pasukan. Corak hantaran bola yang selalu digunakan adalah 'long ball' (hantaran jauh).

 
Pemain-pemain midfield (tengah) bertindak sebagai cover (pelindung) kepada pemain-pemain pertahanan. 


Pemain-pemain midfield memainkan peranan membantu jentera serangan. Manakala pemain-pemain pertahanan kiri dan kanan hanya sekali-sekala membuat ovelapping melepasi pemain tengah kiri atau kanan bagi membantu membuat crossing (hantaran lintang) kepada pemain penyerang di kawasan kotak penalti lawan.
 
 

Selasa, 3 Disember 2013

FAKE STRIKER IN THE HOLE

FAKE STRIKER IN THE HOLE

Admin nak berkongsi sedikit salah satu taktik yg admin perhatikan beberapa game baru2 ni..taktik ni boleh di kategorikan sbg "modern tactic" kerana ia masih baru dan jarang di adaptasikan oleh sesetengah jurulatih..

Apa yg di maksudkan "FAKE STRIKER" dan "IN THE HOLE" ??...

FAKE STRIKER bukanlah spt shadow striker yg menjadi 2nd forward yg bergerak di sebelah striker tetapi ia lebih kpd peranan striker atau midfielder yg bermain di belakang striker..bergerak mencari ruang yg kosong di mana tidak berlakunya movement ball di situ..Ini selalu di gunakan apabila terjadinya quick counter yg berperanan sbg link-up antara Midfield & Striker.

IN THE HOLE bermaksud ruang yg kosong di antara defensive line dan Midfield line opponent

Peranan ini digalas Negredo ketika City mengalahkan Spurs dan daripada kekalahan itu AVB belajar utk meletakan Paulinho (seorang defensive midfielder) bermain sbg FAKE STRIKER menentang Man Utd.

Bagaimana bermain menggunakan taktik ini ??

Attacking move ni paling ideal jika lawan bermain rigid back four atau high defensive sistem. Untuk pecahkan pertahanan lawan yg cukup ampuh, seorang pemain yg kreatif di perlukan. maksud kreatif adalah spt seorang yg bersifat pantas, mobile dan pandai mencari ruang yg kosong utk mengelirukan pihak lawan.

Cara bekerja pula , pemain ini harus pandai utk drag ke bhg centerback lawan samada Anda menjadi perhatian atau striker utama yg di pilih lawan. Jika anda yg di marking..pilihan lain adalah memberi ruang kpd Striker utama..tetapi ini jrg berlaku kerana posisi natural anda di letakan memberikan peranan yg berbeza bg pandangan defender lawan. Walhal anda adalah key point yg "FAKE" di mata mereka.

Begitu juga bg midfielder lawan , sekalipun anda drop ke middle area, Zone anda bekerja kurang di berikan perhatian.. ini membolehkan pemain yg mengalas tugas ni amat2 "freedom" samada menjadi pembekal bola atau penjaring.

Jumaat, 22 November 2013

POSISI


FULL BACK /WING BACK

 untuk membolehkan full back lebih banyak menyerang, defensive midfielder Qatar no3 akan drop sebaris dengan centre back, dan ini membenarkan formasi 3-3-3-1 terhasil. Qatar masih mengekal advantage 1 pemain di belakang dengan no3 membantu centre back Qatar untuk deal dengan Hadi Yahya dan Amri.

FLANK


Qatar banyak menyerang dengan menggunakan flank play. Kedua-dua full back, no2 dan no19 banyak push ke atas dan winger Malaysia diarahkan untuk track back. Dan ini salah satu sebab kenapa Ashaari dan Azzamuddin nampak tenggelam.

Pemain no11 Qatar pada separuh masa pertama, bermain sebagai inside forward di wing kanan bertukar menjadi left winger di separuh masa kedua.

____________________________________________________________

kalo kite ade player selaju mane skali pon di bhgian flank,itu xcukup untk level international...mmg liga kita masih byk pasukan yg mengharapkan kpd pemain wing malahan wingback pon mampu overlap dgn rancak...ttp yg menyudahkan crossing mereka slalunye striker import...yg mmg ade kelebihan fizikal...sedangkan striker kite,bola grounder pon susah nk kawal...apatah lg bola udara...jd lebih baik kite utamakan permainan yg lebih relax dan tidak berteraskan kelajuan mahupun hantaran jauh spt chopot yg bajet2 paul scholes dan gitu jgk kunalan yg mcm ashley young malaysia...kelajuan pemain jepun pon xdpt nk beat kelajuan player brazil di pd piala konfederasi...mcm smlm, mahali sprint mcm nk gile...pon kjap je kne potong...kuna yg laju pon kne cut inside dan crossing beliau sgt mengecewakan...baik bg gopi atau nazrin nawi...jd permainan berorientasikan kelajuan semata2 xcukup mantap...itali boleh idop dgn player2 veteran dgn menggunakan taktik 3-5-2 ni...

________________________________________________________________
Mahali meskipun bermain sangat baik sebagai ball winner di bahagian tengah, lebih dirindui overlapping di bahagian flank kanan

FORMASI





(Sila perhatikan kepada Chalkboard di bawah, Formasi mengikut setiap nombor yg di berikan )

1) 2-3-5 / 2-2-6 dan 1-2-7 adalah formasi yg terawal digunakan dalam sekitar awal 1900. Bermulanya taktik yg di gunakan sbg Classical English-football ini , ia banyak pengaruhi oleh satu corak attacking berbanding defending dan evolusi kpd corak ini berkembang sehingga wujudnya corak The Italian Metodo , The W-M , The Swiss Verrou dan akhrinya Total football & tiki-taka

- 2-3-5 ( formasi bagi Chalkboard #1) adalah satu sistem attacking-oriented formation atau di gelar sistem Pyramid atau The Danubian style iaitu 2 defender , 3 midfielder dan 5 forward . Cara sistem ini bermain , merujuk kepada bhg midfield ini kerana dua defender adalah pasif utk melakukan kerja bertahan dan midfield yg akan start utk bergerak melakukan hantaran. Bhg midfield terdapat 3 pemain, di center half akan membekalkan bola kpd forward samada direct pass atau bergerak utk melancarkan serangan dan di bhg wide-half di amanatkan utk mematikan serangan daripada pemain sayap lawan. Dengan 5 forward di hadapan..masing2 akn cuba create goal sebanyak mungkin dan lebih bebas bergerak di hadapan.

-2-2-6 / 1-2-7 ( Formasi Chalkboard #2 & #3) corak permainan yg lebih awal di gunakan sebelum sistem 2-3-5 , tiada perbezaan kepada corak 2-3-5 cuma di bahagian ini sistem of play nya hanya tertumpu kepada serangan berbanding bertahan, meletakan dua pemain di bhg midfield yg melakukan double duties iaitu sbg cover kpd single / duo defender atau supply bola kpd forward.

2) 1-3-3-3 ( libero) ( Formasi Chalkboard #4) adalah corak permainan yg mengamalkan sistem pairing link-up kpd forward - midfield - defence dan corak ini adalah fokus kepada bertahan mengikat lawan dan menyerang dengan cara counterattack. 1-3-3-3 adalah corak yg di bangunkan Rocco daripada sistem bertahan italy Catenaccio. Libero adalah Single "centerback" iaitu kedudukan di belakang 3 fullback utama yg lebih "free role" , bekerja utk mematikan langkah penyerang lawan yg terlepas dripada marking tight ketiga2 fullback. Bg pemain di barisan hadapan sekali, fokus utama adalah utk menyerang dan 7 pemain pula bertahan, Classic 1-3-3-3 juga kdg2 berubah2 kpd 1-4-3-2 / 1-4-4-1. Tetapi ada juga yg mengatakan corak ini juga merupakan corak menyerang yg lebih solid jika di gunakan sekarang.

3) (i) 4-4-2 diamond - Similar kpd sistem typical British 4-4-2 cuma bezanya adalah pengaruh di bhg midfield yg lebih narrow. Jika perhatikan kpd chalkboard di bawah, empat pemain akan membentuk spt "diamond" iaitu seorang defensive midfield dan 3 attacking midfield ( kiri dan kanan adalah Carilleros ) bergandingan. Selalunya Carilleros ni adalah box-to-box midfielder yg akan lebih bnyk bekerja utk shuttle di bawah dan di atas utk membantu single DM atau support AMF ketika menyerang. Cara diamond ini sgt memudahkan utk kedua fullback overlap kerana ruang yg cukup terbuka di wide area.

- (ii) 4-4-1-1 - Related formasi kpd 4-4-2 yg lebih flat. mksud di sini adalah flat two bank of four iaitu dua barisan empat pemain. Role "1-1" adalah dua striker yg berbeza perwatakan bermain di hadapan sekali dlm formasi. Jurulatih kebiasaanya meletakan seorang Targetman dan seorang Poacher yg cukup energatic. boleh bermain ke bawah, sit back ,drop deep dan kdg2 di arahkan utk special duty utk press creative playmaker lawan dan Kedudukan posisi 2nd striker di bawah apabila bertahan membentuk 4-5-1 bg sistem ini.

- (iii) 4-1-3-2 adalah variasi kpd 4-4-2 diamond iaitu dlm bentuk 4-1-2-1-2 ( tanpa pemain sayap)

4) 4-2-2-2 atau magical quadrilateral iaitu gelaran kpd formasi di awal 80an yg di bawa Brazil utk World Cup 1982 ( boleh refer corak permainan spt di bawah )



_______________________________________________